Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 2, 2015

VIDEO : MB PAHANG JAWAB SPEKULASI PERTUKARAN MENTERI BESAR





Bagan Datok, Perak, 1.8.2015 - Menteri Besar Pahang, DSDR Adnan Yaakob menyatakan tiada sebarang pertukaran Menteri Besar seperti yang didakwa oleh beberapa buah laman blog sebelum ini.

Menurut beliau, spekulasi mengenai pertukaran Menteri Besar di Pahang sudah lama terdengar, bahkan sejak 7 tahun lalu. Baginya, beliau akan terus fokus dalam menjalankan tugas sebagaimana biasa. 

Menurut beliau lagi, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, Perdana Menteri meminta turun (padang dan terus) menjalankan tugas terhadap rakyat). Tiada apa-apa yang luar biasa dalam pertemuan yang diadakan itu.

Kenyataan Menteri Besar Pahang dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datok diharap akan dapat melenyapkan khabar angin yang disebarkan oleh sesetengah pihak sebelium ini.



0 comments:

share2