Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 1, 2015

PESAWAT PERIBADI DINAIKI KELUARGA OSAMA TERHEMPAS DI LONDON






BEBERAPA ahli keluarga pengasas kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden dilaporkan terbunuh selepas pesawat peribadi yang dinaiki mereka terhempas di kawasan lelongan kereta berdekatan lapangan terbang Hampshire, London, semalam.


Menurut akhbar DailyMail, nahas pesawat malang yang mengorbankan empat nyawa itu berlaku ketika cuba melakukan pendaratan cemas.

Berita kematian keluarga ahli perniagaan terkenal yang juga mempunyai hubungan persaudaraan dengan Osama ini turut disahkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Britain, Putera Mohammed bin Nawaf Al Saud.2AFF737000000578-3181443-image-a-5_1438364132131
_84542075_lioncomp


Menerusi laman Twitter, pejabat kedutaan turut menyampai ucapan takziah Putera Mohammed bin Nawaf Al Saud kepada anak-anak Allahyarham Mohammed bin Laden dan saudara mereka yang terlibat dalam insiden itu.

Keluarga Osama yang maut dalam nahas pesawat malang itu adalah ibu tiri dan kakaknya.

Pesawat tersebut dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Milan-Malpensa untuk menuju ke Lapangan Terbang Blackbushe di Hampshire sebelum terhempas.

Nahas tersebut juga tidak dikaitkan dengan sebarang ancaman keganasan.

Osama Bin Laden dilaporkan sebagai individu yang bertanggungjawab atas serangan 11 September yang berlaku di Amerika Syarikat.

Sumber

0 comments:

share2