Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 2, 2015

TUMPUKAN KEPADA AGENDA UTAMA PARTI - MOHD SHARKAR



KUALA LUMPUR - Dalam keadaan Politik semasa yang tidak menentu pada ketika ini, pelbagai spekulasi serta khabar angin sentiasa menjadi bahan berita yang sengaja disensasikan.

Namun malangnya, setiap spekulasi dan khabar angin yang disebarkan itu tidak selalunya baik kepada pengukuhan parti. Terutama sekali mengenai kepimpinan dipelbagai peringkat.

Sambil menafikan desas desus mengenai pertukaran jawatan Menteri Besar Pahang yang dilaporkan sebelum ini, YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Shamsuddin menjelaskan bahawa beliau masih banyak lagi tugasan lain yang perlu diselesaikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia itu juga hari ini berkata, perkara seperti itu bukan sahaja akan merugikan UMNO, bahkan ianya akan menjejaskan fokus kepada agenda utama parti.

"Buat masa ini, kita masih perlu meneruskan tumpuan dan fokus terhadap agenda utama parti dalam menjawab isu - isu semasa yang dibangkitkan.

Saya juga yang turut diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Negeri, perlu juga membantu untuk mengukuhkan kembali kepercayaan rakyat kepada parti," jelas beliau ketika dihubungi oleh Pahangku Media sebelum ini.

Selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mohd Sharkar juga mengakui bahawa YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob sebagai seorang yang banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan.

"Dan saya yakin, dengan kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, kita mampu untuk bergerak sebagai satu pasukan yang jitu bagi mengekalkan Kerajaan Barisan Nasional dimasa akan datang.

Malah solidariti kami di Pahang sebagai satu jentera parti juga sentiasa bergerak menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri juga sudah cukup mantap," katanya.




0 comments:

share2