Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 2, 2015

PADAH ANCAM BOGEL DI PARLIMEN JIKA HARGA MINYAK TURUN




Lewat petang Jumaat, di sebalik amaran keras pihak polis agar rakyat tidak mempercayai khabar angin disebarkan menerusi media sosial, peringatan itu nampaknya tidak dijadikan pengajaran oleh netizen tempatan.

Bahkan nasihat berulang kali Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar pengguna laman sosial menapis kesahihan sebarang maklumat disiarkan pun masih tidak mendidik mereka lebih bertanggungjawab.

Justeru tidak hairanlah selepas solat Jumaat pada 31 Julai, satu Malaysia ‘kecoh’ dengan berita palsu kononnya harga minyak petrol dan disel bakal dinaikkan sehingga 30 sen mulai tengah malam Sabtu iaitu pada 1 Ogos ini.

Laman Facebook, Twitter, Whatsapp dan segala macam aplikasi penuh ‘sumpah seranah’ ke atas kerajaan dengan penyokong pembangkang galak bercerita “Inilah hadiah untuk rakyat sempena rombakan jemaah Kabinet Najib”.

Bertambah panas apabila dikatakan perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan harga minyak dan ‘kezaliman’ Perdana Menteri menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitulah hebatnya fitnah jentera antikerajaan menghasut rakyat dengan dakyah berita palsu dan sengaja direka untuk mengalihkan perhatian daripada masalah pergolakan pakatan pembangkang yang semakin parah kritikal.

Walhal kisah sebenarnya awal pagi Jumaat, semua agensi berita antarabangsa melaporkan harga minyak dunia jatuh berikutan tindakan Iran membuat lambakan bekalan susulan kejayaan rundingan nuklear negara Parsi itu.

Kejatuhan itu memang dijangka serta sudah berlarutan lebih dua minggu lalu menyaksikan lebihan stok malah banyak syarikat minyak gergasi terkenal termasuk Shell dan Exxon membuang ribuan pekerja di seluruh dunia.

MYNEWSHUB turut menerima kiriman Whatsapp seorang rakan dari sebuah stesen Petronas yang menunjukkan skrin pada komputer inventori kemas kini data memaparkan harga runcit baharu turun 10 sen mulai 1 Ogos.

Namun, atas sebab amanah untuk menjaga rahsia besar, perkara itu disenyapkan tetapi terkejut setelah selesai solat Jumaat apabila mendapati pengguna media sosial panik kononnya harga minyak naik mendadak.

Salah satu contoh terbaik disebarkan seorang pengguna (lihat bawah) yang walaupun berkelulusan akademik tinggi di luar negara, namun lihatlah cara reaksi dia ‘melatah’ hingga jadi bahan jenaka di laman maya tanah air.

2 comments:

  • Permatamama says:
    August 2, 2015 at 8:09 PM

    macam2 hal la negaraku ni..

  • Anonymous says:
    August 5, 2015 at 2:27 PM

    terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padah nya kalau betol2 anda di lahirkan oleh ibu anda kotakan lah cabaran takbur anda itu.tu pun kalau anda betol2 lahir dari ibu anda

share2