Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 29, 2015

RIBUT: LEBIH 500 PENDUDUK BERGELAP


ribut


Padang Besar - Lebih 500 penduduk di Kampung Titi Tampang dan Kampung Guar Medang Gatal di Chuping di sini terpaksa bergelap malam tadi apabila ribut disertai hujan lebat yang melanda kedua-dua kampung itu petang semalam mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Selain kabel elektrik terputus akibat ditimpa sebatang pokok yang tumbang, beberapa buah rumah dan kenderaan termasuk sebuah kereta yang dinaiki tiga
beranak turut dihempap sebatang pokok namun mereka terselamat.

Polis Padang Besar yang dihubungi berkata tiada laporan kemalangan akibat bencana itu diterima berikutan hujan ribut hampir setengah jam itu yang bermula
kira-kira pukul 5.40 petang.

Menurut jurucakap Tenaga Nasional Berhad Perlis, pasukan bantuan dikerah untuk menyambung semula bekalan elektrik, yang pulih secara berperingkat mulai
pukul 2 pagi ini.

Tinjauan Bernama mendapati sebatang pokok jati yang tumbang di jalan Padang Besar-Kangar menghalang laluan kedua-dua arah, dipotong dan dibersihkan oleh
anggota Jabatan Perkhidmatan Awam dan tugas itu selesai kira-kira pukul 7 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis dengan lapan anggotanya turut memberi bantuan.

0 comments:

share2