Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 29, 2015

MERDEKA CENTER: 70% MELAYU TENTANG BERSIH 4.0




Buat julung kali dalam sejarah, perhimpunan haram Bersih 4.0 dilaporkan gagal menarik sokongan masyarakat Melayu hasil kajian dibuat sebuah agensi bancian bebas yang selama ini mesra pembangkang, Merdeka Center.

Menerusi pungutan persepsi dilakukan oleh agensi itu, 70 peratus responden Melayu membantah penganjuran demonstrasi jalanan tanpa permit tersebut yang konon untuk menuntut perjalanan pilihan raya bersih dan adil.

Hasil bancian telus Merdeka Center jauh berbeza daripada tinjauan sebuah portal propembangkang terkenal apabila mendakwa kaum Melayu amat menyokong Bersih 4.0 dengan unjuran yang bersetuju lebih 50 peratus.

Ironi, artikel tinjauan berkenaan kemudian dilaporkan ‘ghaib’ selepas laporan kajian Merdeka Center mula disiarkan oleh semua portal berita tempatan pada petang Jumaat dengan melibatkan lebih 1,000 responden.

Kajian agensi bertaraf antrabangsa itu sebaliknya menunjukkan 81 peratus kaum Cina tegar menyokong acara himpunan haram tersebut manakala kaum India mencatatkan cuma 51 peratus sokongan terhadap Bersih 4.0.

Secara keseluruhan, hanya 43 peratus responden bersetuju dengan penganjuran program tunjuk perasaan antikerajaan itu sementara majoriti iaitu 47 peratus pula jelas membantah perhimpunan haram berkenaan.

“Acara kali ini berbeza dengan tiga siri Bersih sebelum itu kerana ia dijangka lebih menarik penyertaan bukan bumiputera daripada kawasan bandar dan pengguna tegar laman maya,” jelas kenyataan Merdeka Center.

Tinjauan menerusi media sosial tempatan juga mendapati, masyarakat Melayu cuba menjauhkan diri daripada Bersih 4.0 susulan arahan tegas daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahlinya.

Selama ini tiga kali siri Bersih lebih banyak disertai penyokong tegar Pas, namun dengan tindakan parti itu ‘bermusuhan’ dengan DAP, Bersih 4.0 dijangka menyaksikan kurang penglibatan kaum Melayu antikerajaan.

Ini mengakibatkan DAP terpaksa bekerja keras menghasut rakyat bukan Melayu menyertai Bersih termasuk mempromosikan ramai gadis seksi walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa.

0 comments:

share2