Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 28, 2015

[KUANTAN] PAHANG TELAH SIAPKAN INFRASTUKTUR AIR KE SELANGOR





28.8.2015 - Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Kerajaan Pahang telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan bekalan air kepada Selangor sebagai tanggungjawabnya terhadap negara.

Menurut beliau, kina hanya terletak kepada infrastruktur Negeri Selangor untuk menerima air dari Pahang untuk disalurkan ke Sungai Langat.

"Selangor harus menyiapkan infrasturuk dari terowong hinggalah ke loji pemprosesan airnya terlebih dahulu sebelum air dari Pahang disalurkan ke Selangor" kata beliau.

Beliau berharap tidak ada pihak yang mengenepikan kepentingan rakyat Selangor untuk mendapatkan
bekalan air secukupnya yang dijangka tidak mencukupi sejak tahun lalu lagi.

Perjanjian  Bekalan Air antara Pahang dan Selangor bermula tahun ini apabila air mula disalurkan ke Sungai Langat dan ia akan diperbaharui setiap 5 tahun sekali.

Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob bercakap dengan pemberita selepas menghadiri Raptai Hari Merdeka di Kuantan.

0 comments:

share2