Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 3, 2015

REMAJA TAK BERMORAL, SELFIE DENGAN MAYAT ATUK




Riyadh – Hilang akal agaknya budak lelaki ini. Sanggup berselfie dengan mayat datuknya di sebuah hospital tempatan di Arab Saudi.

“Selamat tinggal atuk” itu kapsyen pada gambar berkenaan hingga mencetuskan kemarahan penduduk di negara terbesar rantau Asia Barat tersebut.

Ia menyebabkan media sosial sesak dipenuhi dengan pelbagai kecaman terhadap budak lelaki itu yang disifatkan sebagai tidak bermoral.

Mereka juga mendesak pihak hospital agar segera menjalankan siasatan bagaimana budak itu boleh merakamkan gambar tersebut di dalam wad.

Susulan itu juga pihak berkuasa kesihatan di Madinah kini sedang menyiasat sama ada selfie itu dirakamkan di hospital di kawasan berkenaan.

Jika terbukti ia berlaku di hospital di Madinah, maka pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan tidak bermoral itu.

“Pihak berkuasa juga telah diminta mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Dia harus dihukum oleh undang-undang,’’ kata jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

0 comments:

share2