Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 11, 2015

MAYAT BERTATU TANPA KEPALA DITEMUI


 Mayat bertatu tanpa kepala ditemui


Shah Alam - Mayat lelaki tanpa kepala dengan kedua-dua tangannya bertatu ditemui dalam parit oleh orang awam di Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui di dalam longkang yang terletak lima kilometer dari jalan utama oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mayat yang hampir reput itu tidak berkepala dan berpakaian dipercayai dibunuh dan dibuang di kawasan berkenaan lebih seminggu lalu. 

"Hasil pemeriksaan pada tubuh menemui tatu berlambang naga pada lengan kiri dan tatu bunga pada lengan kanan. 

"Pemeriksaan juga tidak menemui sebarang senjata di kawasan itu dan mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat" katanya.

Shafien berkata, hasil bedah siasat mendapati, kematian lelaki itu akibat dipenggal. 

"Mangsa juga telah mati seminggu lalu berdasarkan keadaan tapak tangan kiri yang telah reput dan hilang dan tapak , manakala tapak tangan kanan dan jari reput serta tidak kulit.

"Selain itu terdapat luka besar pada dasar leher yang menunjukkan putus saluran pernafasan, saluran makanan, saluran darah dan tulang leher," katanya.

0 comments:

share2