Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 2, 2015

KUANTAN: TERPAKSA AMBIL ALIH TUGAS SUAMI


Terpaksa ambil alih tugas suami


Tanggungjawab tergalas pada bahu si isteri selepas suami yang menjadi ketua keluarga mengalami sakit saraf sejak empat tahun lalu.

Bagi Norazlinda Sheikh Daud, 39, dia perlu kuat untuk menyara enam anaknya yang masih bersekolah dengan bekerja sebagai tukang masak di Gebeng.

Menurutnya, suaminya Nasaruddin Abdul Samad, 42, yang bekerja sendiri sebelum ini mengalami sakit saraf dan tidak mampu melakukan sebarang kerja sejak empat tahun lalu.

“Dengan kudrat yang ada, saya bekerja sebagai tukang masak tujuh hari seminggu untuk memastikan kami anak-beranak dapat makan dan keperluan harian dapati disediakan.

“Walaupun kadang-kadang rasa penat, tapi saya perlu gagahkan diri demi keluarga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sentuhan Kasih Petronas di sini, semalam.

Hadir merasmikan majlis, Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Norazlinda berkata, dengan pendapatan yang tidak seberapa, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diperoleh atas nama anak-anak berjumlah RM450 bagi menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Saya bersyukur dengan sumbangan yang diberikan Petronas iaitu wang tunai dan barang keperluan harian sempena Aidilfitri nanti.

“Tiada persiapan yang dibuat setakat ini dan kami hanya sambut dengan sederhana,” katanya.

Sementara itu, Wan Mohd Hasnan berkata, sumbangan yang diberikan kepada golongan kurang mampu pada majlis itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial syarikat itu kepada komuniti setempat.

Beliau berkata, pada program Sentuhan Kasih tahun ini, pihaknya memilih negeri yang terlibat dalam musibah banjir tahun lalu.

“Diharap dengan sumbangan yang diberikan dapat memberikan keceriaan kepada penerima untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Pada program itu, seramai 117 murid miskin dan 18 ibu tunggal menerima sumbangan yang diberikan.

Sumber

0 comments:

share2