Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 1, 2015

KUANTAN : DUGAAN RAMADAN

Dugaan Ramadan



Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gebeng, berjaya menyelamatkan sebuah keluarga dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Cerating di sini, semalam.

Penolong Kanan Penguasa JBPM Balai Bomba Gebeng, Syed A Jamaluddin Syed Mohamed berkata tujuh individu yang terdiri empat lelaki dan empat wanita diselamatkan dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam.

“Pihak kita berjaya mengawal kebakaran itu hampir sejam dan kediaman yang diperbuat daripada kayu tersebut telah musnah seratus peratus,” katanya.

Menurutnya, seramai 12 anggota telah menyertai operasi tersebut sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada pada jam 10. 47 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak kita menggunakan dua aliran hose reel dari jentera bomba serta menggunakan bekalan air dari water tanker sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Dalam usaha tersebut kami berjaya mengawal kebakaran dalam masa lebih kurang sejam,” katanya.

Sementara itu, Adun Beserah, Adansura Rabu turut melawat dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa Mohd Jamil Selamat selepas menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian yang menimpa keluarga itu.

Katanya, sumbangan yang disalurkan berbentuk sumber kewangan dan keperluan lain dalam usaha membantu Mohd Jamil sekeluarga meneruskan kehidupan mereka.

“Saya tahu dia (Mohd Jamil) ketika ini amat trauma dengan apa yang berlaku, namun saya harapkan sumbangan ini dapat meringankan bebannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, beliau amat prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat dan sedaya upaya memberi sokongan moral kepada mangsa.




0 comments:

share2