Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 7, 2015

(KUANTAN) 6 DIDAKWA CEROBOH LOMBONG BAUKSIT

PDRM



Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan satu pencerobohan tanah, 26 Jun lepas.

Abdul Rahim Abdullah Sani, 40, Jefri Mohd Yunus, 35, Syaiful Bahari Mohd Redzuan, 25, Fikry Izny Ahmad, 32, Mohd Nazari Abd Hamid dan seorang pesalah juvana berusia 17 tahun.

Bagaimanapun kesemua tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan melakukan pencerobohan jenayah terhadap tanah milik Syarikat Kurnia Jasamas Sdn Bhd di hadapan Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) Tapak Kelulusan Pajakan Melombong, Gebeng, kira-kira jam 12.21 pagi, 28 Jun lepas.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bagi tertuduh pertama hingga ke lima, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun yang sama yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau dengan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi seorang pesalah juvana, tertuduh perlu mendapatkan laporan akhlak terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam pada itu, berdasarkan fakta kes pada 28 Jun lepas semasa pengadu sedang melakukan pemantauan di lokasi tersebut kira-kira jam 12 tengah malam, telah terserempak dengan semua tertuduh dengan empat buah lori dan sebuah jengkaut dengan pemandu sedang mengorek tanah mineral iaitu bauksit untuk dibawa keluar dari tapak tersebut.

Terdahulu, semua tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Malaysia, Mohd Hakimie Ali, telah membuat rayuan meminta agar dapat mengurangkan denda yang akan dikenakan kepada mereka.

Ini kerana lima tertuduh sudah berkahwin, mempunyai anak dan hanya bekerja sebagai pemandu lori serta penyelia sahaja.

Dengan itu, majistret Noor Zaihan Mohamad Ali mendapati mereka bersalah dan mengenakan denda RM700 atau tiga minggu penjara.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.



0 comments:

share2