Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 7, 2015

KEPUTUSAN TUNTUTAN MUTAAH RITA RUDAINI 5 OKTOBER

 Rita Rudaini Mokhtar


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetap 5 Oktober depan sebagai tarikh keputusan tuntutan mutaah RM300,000 pelakon, Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man menetapkan tarikh itu selepas kedua- dua pihak memfailkan hujahan bertulis.

Rita Rudaini, 39, plaintif diwakili peguam Abdullah Khairi manakala Rushdan Sujak Rafee mewakili pemain kebangsaan itu.

Bagaimana pun Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tidak hadir ke mahkamah.

Rita Rudaini Mokhtar memfailkan tuntutan mutaah itu pada 7 Julai tahun lalu di sini.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 7 dan Airit Qaqa Arjuna, 5.



0 comments:

share2