Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 16, 2015

ENAM WARGA EMAS DITAHAN MAKAN DALAM KEDAI CHINA



Alor Setar - Enam warga emas tergamak makan dan merokok secara terbuka dalam sebuah kedai makan Cina tanpa segan silu ketika umat Islam sedang berpuasa di Tunjang, Kubang Pasu, awal pagi semalam.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka yang ditahan berumur 50 hingga 60-an dalam Operasi Ramadan kira-kira jam 9 pagi oleh penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) bersama Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

"Sewaktu kedai makan diserbu, mereka berada dalam premis itu. Terdapat makanan dan minuman masih belum sempat dihabiskan berada atas meja di hadapan mereka.

"Bagaimanapun mereka memberi kerjasama baik, tidak melawan atau melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, surat saman dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat supaya hadir ke pejabat agama selepas Aidilfitri untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana tidak berpuasa dengan makan dan minum secara terbuka ketika bulan Ramadan.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, MDKP turut mengeluarkan kompuan terhadap sebuah restoran di Napoh kerana menjalankan perniagaan makanan di bulan Ramadan sebelum jam 3 petang.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 16, 2015 at 3:17 PM

    Ajaran agama apa sebenarnya yang antara ajarannya disuruh tangkap orang yang tidak berpuasa jika makan dikhayalak ramai? Tidak pulak aku terjumpa didalam Quran ataupun Hadith yang mengajar supaya berbuat sedemikian. Berpuasa itu adalah antara seorang hamba dengan Penciptanya dan kenapa manusia mahu menjadi lebih berkuasa dari yang Mencipta ? Tak usah nak berbicara tentang "menghormati" bulan berpuasa kerana setahu aku Islam tidak pernah "memaksa" dan terpulang pada individu yang akan mengadap dan menjawap pada Tuhan pabila tiba waktunya.

share2