Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 1, 2015

930,000 PELANCONG KESIHATAN TAHUN INI - DS NAJIB



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak merasmikan penerbitan buku ulang tahun peringatan Persatuan Perubatan Malaysia (MAA) ke-55 di sini sebentar tadi. 

Perdana Menteri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada ahli MMA atas usaha keras yang dimainkan bagi meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terbaik dunia. 

"Awal tahun ini sistem penjagaan kesihatan kita mendapat pengiktirafan tertinggi dalam kalangan 25 negara menerusi tinjauan dibuat sebuah penerbitan Amerika Syarikat. 

"Kecemerlangan ini juga dicerminkan menerusi jumlah pelancong asing yang datang ke negara ini bagi menjalani prosedur perubatan. Pada tahun lalu seramai 770,000 pelancong kesihatan datang ke negara ini yang memberi pendapatan sekitar RM700 juta kepada negara. 

"Tahun ini kita sasarkan jumlah pelancong kesihatan ini terus meningkat kepada jangkaan 930,000 orang dan menjana pendapatan sekitar RM1 bilion," katanya.






0 comments:

share2