Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 28, 2015

VIDEO: PENUMPANG TERAKAM PESAWAT DISAMBAR KILAT




Seorang penumpang yang dalam penerbangan dari Singapura ke Seoul, Korea Selatan mengejutkan ramai pihak apabila berjaya merakamkan detik-detik sebuah pesawat Korean Air disambar panahan kilat pada 16 Jun lalu.

Ketika kejadian, penumpang yang dikenali sebagai Myagmarsuren Ricci dikatakan sedang merakam suasana pemandangan luar pesawat menerusi tingkap dari tempat duduknya dengan guna kamera Gopro miliknya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kelihatan satu cahaya yang amat besar menyambar salah satu sayap pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Korea Selatan tersebut.

Difahamkan, cuaca buruk tersebut tidak merosakkan pesawat berkenaan malah ia selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Incheon dekat Seoul itu lebih awal beberapa minit daripada jadual ketibaan.

Rakaman tersebut yang berdurasi selama 28 saat kemudian dimuat naik oleh Myagmarsuren Ricci menerusi akaun Youtube miliknya dan baharu sahaja menjadi viral beberapa hari lalu.

Jurucakap Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA), Kapten Steven Draper berkata panahan kilat sedemikian tidak akan menjejaskan penerbangan walaupun terbang berdekatan.

Pada kelaziman juruterbang mungkin mengamalkan prosedur operasi standard tertentu dan sebahagian besar pesawat moden sudah direka untuk mengalirkan arus kilat keluar ke darat.

“Juruterbang biasanya menggunakan radar cuaca untuk mengelak daripada melalui kawasan yang paling teruk dilanda ribut.” ujarnya.




0 comments:

share2