Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 28, 2015

SASAR TEMPAHAN TINGGI


Sasar tempahan tinggi


Marang – Seorang peniaga lemang di kawasan Batu 10, Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang, di sini, menyasarkan akan menerima tempahan lebih 500 lemang sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Nazri Ibrahim, 47, berkata, jumlah itu adalah berdasarkan tempahan dan jualan beberapa hari sebelum hari raya walaupun kemuncak jualan lemang ialah pada malam raya dan jualan selepas hari raya juga menguntungkan kerana permintaan sentiasa ada.

"Tahun ini saya sasar jual 500 hingga 800 batang lemang sehari. Saya turut jangkakan jualan lemang meningkat selepas hari raya," katanya.

Nazri memaklumkan, dia mewarisi resipi membuat lemang secara turun temurun daripada keluarganya yang telah menjalankan perniagaan lemang sejak 30 tahun lalu.

Katanya, permintaan daripada pelanggan terhadap lemang sentiasa bertambah dan makanan itu juga semakin popular.

"Saya jual lemang pada kadar harga RM8 sebatang dan walaupun keadaan ekonomi negara pada ketika ini tidak begitu stabil, namun orang ramai tidak takut berbelanja dalam soal makanan dan lemang tetap dapat sambutan.

"Walaupun dibantu ahli keluarga, saya tetap tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan diterima dan berdasarkan pengalaman lalu, saya akan hadapi cabaran memenuhi permintaan pelbagaipihak menjelang Syawal," katanya.

0 comments:

share2