Seorang wanita warganegara Britain yang ditahan kerana didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengaku tindakannya tersebut 'tidak bijak' dan biadap.
Wanita tersebut yang berasal dari Derby adalah salah seorang dari 10 orang pendaki yang didakwa berbogel sebelum mengambil gambar pada 30 Mei lepas.
Menurut ayahnya, anak perempuannya itu 'sangat kesal terhadap penghinaan yang ditimbulkannya'.
"Kami tidak mahu pendakwaan ditambah terhadapnya," katanya dalam datu temuramah oleh Guardian.
"Saya memberi harapan terhadap sistem kehakiman Malaysia," katanya lagi.
Wanita berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Tawau ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur Selasa lepas.
Dua lagi adik-beradik warganegara Kanada dan seorang warga Belanda menyerah diri Balai Polis Karamunsing pada hari sama.
Peguam, Ronny Cham memberitahu BBC supaya keempat-empat tahanan tersebut diasingkan daripada tahanan lain untuk menjamin keselamatan mereka.
Keempat-empat mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
0 comments:
Post a Comment