Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 5, 2015

NAJIB JAWAB KENAPA TIDAK HADIR


Najib


Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan respons ringkas menyentuh isu ketidakhadirannya ke majlis dialog ‘Nothing To Hide’ di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut respons ringkas pada laman sosial Facebooknya, Najib menyatakan sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tetapi perlu dalam suasana baik.

“Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

“Apa pun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

“Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama,” katanya di laman sosial berkenaan.

Majlis anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) yang sepatutnya dihadiri Najib pagi tadi dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas faktor keselamatan.

0 comments:

share2