Lumrah kanak-kanak, adakalanya terlalu aktif sehingga menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.
Macam kes budak perempuan ini, entah macam mana agaknya boleh termasuk dalam mesin basuh baju.
Macam-macam karenah budak-budak zaman sekarang, mujurlah pasukan bomba ada untuk datang menyelamat.
Budak perempuan berusia 3 tahun ini tersepit di dalam mesin basuh dipercayai di rumahnya di Jalan Pasir Tinggi, Taman Rakyat Iskandar, Johor Bahru.
Anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa dengan hati-hati dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Tak pasti apa punca asal dan bagaimana budak perempuan itu boleh masuk ke dalam mesin basuh itu, mungkin mahu cuba mandi?
Apa yang pasti kejadian ini akan menjadi satu kenangan manis dan lucu apabila dikenang bila dia dewasa nanti.
Apa-apa pun, kepada semua ibubapa awasilah tingkah laku anak-anak kecil anda supaya sebarang perkara tidak diingini dan perkara berbahaya boleh berlaku.
0 comments:
Post a Comment