China - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun sanggup menggadai nyawa menyelamatkan neneknya yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya.
Gang Zi Han bersama ibu, nenek serta datuknya berada di dalam rumah ladang mereka ketika kebakaran berlaku di wilayah Heilongjiang.
Semasa api sedang marak dan asap hitam menyelubungi rumahnya, dia berlari keluar menyelamatkan diri namun kemudian menyedari neneknya yang mempunyai masalah rabun masih terperangkap.
Zi Han kemudian bergegas meredah kebakaran untuk menyelamatkan neneknya.
Kebakaran tersebut menyebabkan Zi Han melecur 25 peratus manakala neneknya melecur 60 peratus dan mendapatkan rawatan di Harbin Fifth Hospital.
0 comments:
Post a Comment