Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 30, 2015

BENTONG : NYARIS MAUT REMPUH BAS EKSPRESS

Nyaris maut rempuh bas ekspres


Lima nyaris maut dalam kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah bas ekspres di Jalan Bentong - Raub, kelmarin. 

Lima mangsa terbabit yang merupakan pemandu dan penumpang Alza tersebut cedera dan dirawat di Hospital Bentong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian jam 5.30 petang itu berlaku apabila kesemua mangsa dalam perjalanan dari Raub ke Bentong.

“Pemandu dan penumpang Alza terbabit yang hampir tiba di rumah mereka di Jalan Tras di sini, iaitu tidak sampai satu kilometer dari tempat kejadian dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bas ekspres yang datang dari arah Bentong.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, malah 15 penumpang dan pemandu Ekspres Jengka Liner juga selamat dan tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, tiada mangsa yang tersepit dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 5.49 petang selepas kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.



0 comments:

share2