Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 27, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : KENAPA PEMBANGKANG TAK SUNGGUH-SUNGGUH PERJUANGKAN ISU PENCEMARAN BIJIH BESI DAN BAUKSIT ?



Tok Awang mengikuti setiap perkembangan sepanjang Sidang (DUN) Dewan Undangan Negeri Pahang kali ini.

Seperti yang Tok Awang jangkakan, isu utama yang dibawa oleh pihak pembangkang adalah mengenai pencemaran oleh bijih besi dan bauksit.

Cuma yang Tok Awang tak berapa nak faham adalah mengapa kali ini, dengan isu ini pihak pembangkang nampak macam kehilangan 'sengat' dalam memperjuangkannya. 

Jika dalam isu Lynas mereka mengadakan beberapa demo dan dengan beraninya meminta kerajaan menutup dan menghentikan terus operasi berkenaan, tetapi kenapa tidak dngan isu pencemaran akibat bijih besi dan bauksit ini?

Tok Awang minggu lepas pergi ke pelabuhan Kuantan untuk menengok sendiri apakah yang penyebab lautan bertukar warna menjadi merah. Sempat juga Tok Awang 'mengeteh' dengan 'Pok Long' Bahazelan sambil berborak-borak. Akhirnya sikit sebanyak taulah Tok Awang kenapa isu pencemaran bijih besi dan bauksit ini tidak pembangkang perjuangkan sebagaimana isu Lynas dulu.

Rupanya, segala ini adalah hanya mengenai duit semata-mata. Dalam operasi Lynas, orang Cina dan pembangkang tidak terlibat sedangkan dalam isu bijih besi dan bauksit mereka banyak terlibat. Maknanya jikalau operasi Lynasi ini taukeh besarnya orang Cina khususnya dari kalangan pembangkang maka mereka tentu akan senyap juga sebagaimana dengan isu bijih dan bauksit ini.

Dari apa yang kita boleh nampak, pencemaran oleh bijih besi dan bauksit ini lebih banyak memberi kesan secara langsung kepada rakyat berbanding dengan Lynas yang, tapi mengapakah pembangkang 'mengunci' mulut mereka?

Adun Beserah berucap, namun bagai melepaskan batuk ditangga... dan Adun Tanjung Lumpur langsung hilang kata-kata dan tak dapat bersuara. Mungkin kerana terlalu besar serban dikepalanya hingga membuatkan dia terpaksa memangku lehernya dalam masa yang lama.

Kalau diluar, bukan main bijaknya Adun Tanjung Lumpur ni berkata-kata, tapi dalam dewan nampak macam 'lokos' dan hilang wibawa. Hahaha... kesian dia... Mampukah dia saingi Adun Inderapura atau Kerdau berbahas dalam isu agama? Tahun lalu dia nampak macam nak bersembunyi disebalik serban.....


Tok Awang Selampit.






0 comments:

share2