Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 27, 2015

SIDANG DUN PAHANG - PILHAN YANG BAIK, TAPI BAIK UNTUK SIAPA?

Sidang DUN Pahang - gambar hiasan


Dalam sidang dewan kelmarin, wakil Tanah Rata YB. Encik Leong Ngah Ngah mengambil contoh kerajaan Singapura dalam melaksanakan banyak perkhidmatan untuk rakyat bagi meajukan negaranya. "Singapura patut dicontohi," kata beliau lagi.

Wakil kerajaan bangun dan Adun Guai YB Dato' Norol Azali Bin Sulaiman bangun dan mencelah.. "Jika demikian, kita hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan" Katanya. Adun Tanah Rata menjawab semula, "Kita pilih mana yang baik....".

Soalnya disini, baik itu baik untuk siapa? Baik untuk kaum mana? Apakah tidak baik jika semua Sekolah Jenis Kebangsaan dihapuskan dan diganti dengan sekolah yang bahasa penghantarnya adalah bahasa kebangsaan? Adun Tanah Rata tidak mampu menjawab soalan ini, atas kepentingannya serta kaum kerabatnya. Inikah 'baik' yang menurut tafsiran mereka?

Dinegara-negara lain didunia, tiada negara yang menyediakan sekolah dengan bahasa penghantar lain selain dari bahasa asal penduduk tempatan. Tiada sekolah bebahasa 'China' di Australia, England atau Amerika. Bahkan mereka harus belajar dan berbahasa tempatan untuk terus hidup dinegara dimana mereka tinggal. Apakah ini tidak baik jika dilakukan dinegara kita? Atau ianya baik hanya jika dilakukan di negara-negara lain selain dari Malaysia? Baik untuk siapa?

Kita faham apa yang wakil pembangkang khususnya DAP perjuangkan adalah untuk kepentingan kaum dan bangsanya sendiri. Cuma, mereka tidak namakan ini rasis sebaliknya namakan ini perjuangan untuk rakyat. Sebaliknya jika perkara sama dilakukan oleh UMNO, mereka akan terus namakan ini rasis.

Sebenarnya tidak banyak beza diantara DAP dengan Pas dalam soal ini, iaitu.. untuk mereka 'halal' dan untuk orang lain 'haram'.

Kita tidak kisah jika Pas akan teruskan kerjasama mereka dengan DAP, namun yang kita bimbangkang adalah bukannya Pas yang memimpin DAP sebaliknya DAP yang akan memimpin Pas nanti.

Kenapa tidak? Kerana yang kita lihat adalah DAP lebih tegas dan berpendirian dari Pas sedangkan Pas hanya ibarat 'peliharaan' yang sentiasa menurut kata. Dalam isu hudud sebagai contoh, Pas tidak mampu menyanggah pendapat DAP.

Kita harap akan tibul kesedaran yang benar-benar ikhlas dari kalangan pemimpin Pas serta pengikutnya untuk kembali kepangkal jalan, untuk perkuatkan perpaduan ummah... dengan menyatu semula dengan UMNO. Sememang ini susah, kerana pasti ada pihak yang tidak akan membiarkan ini terjadi bagi menjamin kepentingan kaum mereka terus dapat mereka bela.

Namun itulah cabaran kita umat Islam di Malaysia ini, untuk bersatu dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


Editor.



0 comments:

share2