Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 23, 2015

KUANTAN: VAN SEKOLAH TAHFIZ TERBAKAR


Van sekolah tahfiz terbakar


Pelajar Al-Hafizin Bukit Setongkol di sini terpaksa menumpang ihsan seorang individu yang meminjamkan kenderaannya selepas van milik sekolah itu meletup dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

Pengerusi AlHafizin, Mohd Farid Othman berkata, individu terbabit bersetuju meminjamkan kenderaannya sehingga Al-Hafizin mendapat van baru.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini sedang berusaha mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah van baru bagi membolehkan aktiviti pelajar dilaksanakan dengan lebih cepat dan selesa.

Dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Cenderawasih kira-kira jam 2.30 petang, van yang dipandu Azrai Mohamed itu, tiba-tiba terhenti dan mengeluarkan asap sebelum api merebak ke bahagian enjin.

Lebih berasib baik, katanya, Azrai sempat melompat keluar dari van jenis Kia Pregio yang sudah lima tahun dibeli.

“Mujurnya ketika kejadian, tiada pelajar dalam kenderaan itu dan Azrai sempat melompat keluar sebelum keseluruhan van hangus,” katanya.

Menurutnya, van berkenaan menggelongsor menuruni kawasan tinggi dan berhenti di tepi jalan berdekatan sebuah rumah sebelum orang ramai bertindak membantu memadamkan api.

“Nasib baik orang ramai bertindak cepat dengan menyembur air menggunakan baldi sebelum bomba tiba. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Katanya, van itu adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan pelajar institut agama itu untuk berulang-alik dari sekolah ke kediaman mereka di sekitar perkampungan Cenderawasih.

“Van itu turut menjadi kenderaan utama seramai 530 pelajar kelas agama dan fardu Ain Al-Hafizin di alhafizin LKNP Bukit Setongkol.

Al-Hafizin dibuka pada tahun 2004 di bawah Yayasan Osman Ibrahim yang menempatkan kanak-kanak dari umur 5 tahun hingga pelajar tingkatan lima dan mereka yang mahu melawat Al-Hafizin boleh menghubungi mudirnya, Abdul Rahman Salleh di talian 0179756189.

0 comments:

share2