Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 25, 2015

AISHAH KECEWA AKHLAK PEMIMPIN PAS




Artis Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand meluahkan kekecewaan dengan PAS, parti yang disertai sejak dari tahun 2012.

“Masa saya mula-mula masuk PAS saya sangat impress kerana PAS telah melangkah dari parti pak lebai ke parti yang lebih terbuka kepada jemaah berbagai-bagai bidang. Bagi saya kalau PAS betul-betul nak memerintah Malaysia satu hari ini satu langkah yang mesti. Tapi sekarang tidak lagi begitu..PAS For All has become a bit of a joke,” kenyataan Aishah dipetik facebooker pro Pakatan Rakyat, Ahmad Dhuha Sobri.

Aishah yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Jempol pada Pilihanraya Umum Malaysia 2013 turut kecewa dengan akhlak dalam pimpinan PAS.

“Sebagai orang baru… saya terkejut dengan penggunaan bahasa setengah-setangah orang yang dipanggil faqih dalam agama. Rasanya dalam industri yang orang anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya. Saya tak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS yang kononnya perjuangan Islam"...

“Ini ke akhlak yang nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from". kenyataan Aishah dipetik.




0 comments:

share2