Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 25, 2015

NAJIB RASAI GEGARAN GEMPA BUMI DI TOKYO


Najib Tun Razak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa syukur apabila gempa bumi yang melanda tempat beliau bermesyuarat di Tokyo, Jepun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Beliau berkata, seluruh bangunan bergegar, namun gegeran itu tidaklah membawa ancaman yang besar.

Katanya, gempa bumi tersebut berlaku sebelum bermulanya mesyuarat bersama kapten industri di Hotel Palace di Tokyo.

“Kami semua rasa gegaran, lantai dan lampu bergerak. Apa pun semua tenang, dan majlis dimulakan selepas itu, Alhamdulillah,” tulisnya di laman Facebooknya sebentar tadi.

Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun mulai Ahad lalu.

Antara pengisian lawatan itu adalah menghadiri majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan masyarakat Malaysia.

Dalam rangka lawatan itu juga Najib dan isteri akan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun di Imperial Palace.

Selain menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri, disusuli mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe.

Najib juga akan menyampaikan ucaptama pada rundingan meja bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum berlepas ke Sendai.

0 comments:

share2