Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 26, 2015

KUANTAN : PEMUDA PAHANG SOKONG TANPA SYARAT

Sokong PM Najib tanpa syarat


Pemuda Umno Pahang hari ini menyatakan sokongan padu tanpa syarat terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga selaku Presiden Umno.

Ketua Pemuda Umno negeri, Shahar Abdullah berkata, Himpunan Solidariti 14 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dihadiri 12,000 anggota Umno yang kebanyakannya Pemuda dari 14 bahagian Umno di negeri ini jelas mencerminkan isyarat tersebut.

"Himpunan Solidariti 14 hari ini diadakan atas desakan Pemuda Pahang di peringkat akar umbi yang mahu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Saya selaku Ketua Pemuda Pahang mengambil mandat tersebut dengan mengadakan perhimpunan ini sebagai cerminan bahawa anak muda Pahang mahu masa depan mereka terus ditadbir oleh Najib," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis himpunan tersebut di sini, hari ini.

Menurutnya kehadiran begitu ramai golongan muda pada hari ini menjadi isyarat jelas anak muda yakin terhadap pimpinan Najib walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan.

Katanya, mereka sanggup menjadi benteng di hadapan Najib untuk mempertahankan beliau daripada segala cabaran tersebut.

"Najib seorang pemimpin yang baik, berkebolehan dan pernah mencatatkan satu sejarah dengan menunjukkan kesetiaan kepada pimpinan tertinggi parti dan presiden parti ketika menjadi ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Apa salahnya kita pula hari ini mengikut jejak langkah beliau dan menjadi benteng hadapannya dengan melakukan sokongan tanpa syarat," katanya. - Bernama




0 comments:

share2