Petikan video yang dimuat naik
Video seorang pembantu rumah warga Filipina meminta pertolongan dimuat naik ke Facebook sejak Khamis lalu kini viral di media sosial.
Pembantu rumah itu yang dikatakan bernama Abby Luna, bekerja di sebuah kediaman di Bahrain mendakwa dia dirogol oleh anak lelaki majikannya yang merupakan penagih dadah.
Akibat kejadian itu, Abby dikatakan mendapat kesan lebam di bahagian payudara daranya dan sakit akibat ditumbuk.
Menurut petikan dari video yang dipaparkan, Abby cuba mengadukan hal tersebut kepada majikannya untuk mendapatkan keadilan buat dirinya, namun dia pula yang dipersalahkan oleh majikannya.
Susulan daripada kejadian tersebut, Abby dikatakan akan dibawa ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan akan dipaksa menjalani proses pengguguran sekiranya didapati hamil.
Selain itu, Abby yang hanya dibenar pulang ke negara asalnya dua bulan lagi terpaksa menanggung perbelanjaan tersebut sendiri kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian antara dia dan majikannya.
Akibat tertekan, takut dan tidak mempunyai wang; Abby akhirnya memuatnaik video berdurasi 3 minit menerusi akaun Facebook untuk merayu pertolongan dan diselamatkan dari majikannya.
Abby kemudiannya diselamatkan Kedutaan Filipina di Bahrain pada hari sama.
Bagaimanapun, majikan Abby dikatakan berkeras menafikan dakwaan pembantu rumahnya.
0 comments:
Post a Comment