Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 2, 2015

RESTORAN CAJ PELANGGAN DISIASAT


Restoran caj pelanggan disiasat


Kuala Langat - Tinjauan di beberapa buah kedai termasuk kedai serbaneka dan restoran makanan mendapati, terdapat pengusaha kedai mengambil kesempatan mengenakan caj GST kepada pelanggannya sedangkan tiada resit bercetak dikeluarkan dan diberikan kepada pelanggan.

Wartawan Sinar Harian sempat membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai serbaneka di Pekan Banting bernilai RM10, namun dikenakan caj tambahan 60 sen.

Peniaga terbabit memaklumkan, mereka tidak dapat mengeluarkan resit sah kerana ia akan dikeluarkan pada 15 April.

Bagaimanapun kata peniaga terbabit, pelanggan perlu membayar caj GST 60 sen itu jika membeli dengan tambah nilai RM10.

Sementara itu, seorang pelanggan sebuah restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 24, berkata, dia bersama dua lagi rakannya terkejut apabila pengusaha restoran makanan mengeluarkan bil yang ditulis tangan dengan tambahan nilai caj GST 10 sen untuk setiap pelanggan.

Katanya, keadaan itu benar-benar mengelirukan pelanggan sehingga ada yang sanggup membayar caj lebih.

“Kami hanya buat pesanan air Nescafe 'O' (RM2), Teh 'O' (RM1.50) dan Teh 'O' Ais Limau (RM 1.60) yang sepatutnya berjumlah RM5.10, tapi resit berkenaan mempunyai tambahan 30 sen lagi yang perlu dibayar.

“Saya berkeras tak bayar caj 30 sen walaupun peniaga sudah maklumkan tiada resit bercetak dikeluarkan. Mereka ini sengaja ambil kesempatan kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai KPDNKK Kuala Langat dan Sepang, Mohd Ziyad Kamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima 15 aduan sehingga jam 5 petang semalam.

Katanya, aduan yang diterima dipantau penguat kuasa termasuk lawatan mengejut ke premis-premis termasuk restoran menaikkan harga tanpa mengikut syarat ditetapkan.

0 comments:

share2