Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 2, 2015

KALAU TAK SELESA, DAP BOLEH KELUAR


Mohd Amar Nik Abdullah


Kota Bharu - Pas mampu berjuang bersendirian sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk keluar dari PR.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas pernah mengalami zaman sukar ketika keluar dari BN, namun bangkit memenangi pilihan raya pada 1990.

“Itu pengalaman kita, kita pernah bersendirian, kalau parti komponen berkeras untuk berpecah, kita tak ada pilihan, tapi kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain, (menang di Kelantan bersendirian), kita sudah ada rekod itu, bukan ingin berbangga,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Mengulas desakan supaya Pas keluar PR, Mohd Amar berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan PR dan tidak ada alasan untuk keluar daripada pakatan tersebut.

0 comments:

share2