Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 2, 2015

RAYUAN HUKUMAN MATI DIUMUM ISNIN DEPAN


Rayuan hukuman mati diumum Isnin depan


Jakarta - Nasib dua warga Australia yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia bakal diketahui minggu depan, apabila Mahkamah Perlembagaan dan Pengadilan Tata Usaha Negara (PTUN), mengumumkan keputusan rayuan mereka pada 6 April ini. 

Myuran Sukumaran dan Andrew Chan antara 10 banduan yang akan ditembak mati oleh skuad penembak Indonesia atas kesalahan dadah, selepas rayuan pengampunan mereka ditolak Presiden Joko Widodo.

Bagaimanapun, sehingga kini Indonesia masih belum mengumumkan tarikh pelaksanaan hukuman tersebut.

"Kedua pihak telah diberi kesempatan besar untuk mengemukakan keterangan dan bukti. Tiga hakim akan membuat keputusan baharu apabila selesai meneliti bukti-bukti yang dikemukakan.

"Mahkamah ditangguhkan sehingga Isnin dan keputusan rayuan akan diumumkan pada hari tersebut," kata Hakim Ujang Abdullah, semalam.

Kerajaan Australia sebelum ini berulang kali merayu agar dua warganya tidak dihukum mati di Indonesia.

Sebagai ganti, Canberra bersetuju untuk membiayai kos penjara seumur hidup mereka, namun cadangan itu ditolak Jokowi. 

Januari lalu, Indonesia melaksanakan hukuman tembak ke atas lima warga asing dan seorang wanita negara itu atas kesalahan mengedar dadah meskipun kerajaan dan rakyat Australia membuat rayuan.

0 comments:

share2