Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 19, 2015

#PRKRompin : PEMILIHAN SAYA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERAT - DATO' HASSAN ARRIFIN


Dato' Hassan Arrifin menerima watikah dari Tan Sri Muhyiddin Yassin



Muadzam Shah - Dato' Hassan Arrifin, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menganggap pemilihannya sebagai calon BN PRK Parlimen Rompin merupakan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakannya.

Kerana ianya bukanlah mudah untuk mengekalkan momentum penyandang kerusi berkenaan iaitu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang telah jadi Ahli Parlimen berkenaan selama 28 tahun.

Katanya, " Ini bukan perjalanan yang mudah. Saya perlu bersedia korbankan masa dan tenaga kerana penunjuk indeks prestasi (KPI) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah kenaikan undi sebanyak lima peratus daripada majoriti sebelum ini".

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya sejurus selesap diumumkan calon BN bagi kerusi Parlimen Rompin. 

Pemilihan beliau dibuat oleh pucuk pimpinan tanpa sebarang campur tangan UMNO Bahagian dan mesyuarat UMNO Rompin secara resminya tidak mencadangkan sesiapa selain memberikan pandangan agar pemilihan calon dilakukan dikalangan jawatankuasa bahagian, menurutnya lagi.

"Kita suarakan pandangan itu atas dasar anak tempatan mendapat sokongan padu masyarakat dan saya sendiri menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan".  
"Apabila mereka sudah buat keputusan, saya harap kita semua dapat merapatkan saf dan berusaha memastikan kemenangan BN," tambahnya. 
   
Katanya, pendekatan beliau pada PRK adalah 'kecil namun berkesan' iaitu mendekati pengundi secara bersemuka dalam kelompok kecil untuk memberi penerangan isu semasa termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
    
Ditanya perasaan beliau untuk kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat, jika menang, selepas kali terakhir bergelar Adun pada 2004, Hasan berkata: "Saya tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat. 
    
"Rompin tetap di hati saya, ini tanah lahir saya. Saya tahu selok belok kawasan ini. Bagaimana saya boleh berhenti daripada mencurah budi. Apa yang penting dalam perjuangan ikhlas," katanya.
   
Hasratnya adalah untuk memajukan Rompin menerusi sektor pelancongan, memandangkan Pulau Tioman yang sememangnya terkenal di peta pelancongan dunia berada dalam Parlimen Rompin. 
    
Beliau juga ingin memajukan industri pertanian yang menjadi punca pendapatan utama kebanyakan penduduk khususnya di kawasan Felda.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
   
Dalam PRU13 pada Mei 2013, Jamaluddin  mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. 






0 comments:

share2