Azwan (kanan) ketika dalam salah satu babak dalam filem Hantu Kak Limah
Dunia hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi semalam.
Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi semalam.
“Yang menjawab panggilan adik Allahyarham dan beliau mengesahkan berita sedih itu.
“Saya sempat bekerjasama dengan Allahyarham untuk filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya,” katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.
Sementara itu, kakak Allahyarham ketika dihubungi berkata, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu selepas pulang dari Johor Bahru.
Menurut Azzah Annuar, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut.
"Ketika mengalami sakit itu, Allahyarham ada mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam," katanya lagi.
Katanya lagi, jenazah dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas Zohor semalam.
Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabo aje lah".
Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment