Tok Awang baru balik dari Rompin petang tadi... tengahari Tok Awang ke Muadzam dengar pengumuman calon PRK Rompin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semua orang dah tahu bahawa Dato' Hassan Arrifin telah dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai taruhan untuk pertahankan Parlimen Rompin.
Sudah tentulah ada berbagai pendapat... antara pro dan con tentang pemilihan calon berkenaan. Ada yang kata kenapa tak pilih orang muda? Apakah meremajakan umno bermakna meletakkan hanya calon muda semata-mata? Apakah lebih muda bermakna lebih baik untuk umno?
Yang penting adalah calon yang mampu memenangkan parti serta berfikiran terbuka dan memberi ruang kepada fikiran kritis anak-anak muda.
Dato' Hassan baru hanya 62 tahun.. bukanlah terlalu tua.. dan yang penting beliau juga disukai oleh anak-anak muda. Mudah bergaul dan tidak ada sempadan dan jurang usia.
Jangan kita lakukan kesilapan dalam menterjemahkan makna meremajakan umno. Meremajakan bukan semata-mata memberi ruang kepada orang muda. Jika begitu, apakah bermakna yang berumur 40 tahun lebih baik dari 50 tahun? Yang berumur 30 tahun lebih baik dari 40 tahun? Apakah mungkin yang 20 tahun lebih baik dari 30 tahun? Apakah itu makna meremajakan?
Yang kita perlukan adalah yang berpengalaman untuk dikongsikan dengan golongan remaja. Namun dalam masa sama bersikap terbuka dan sedia menerima pandangan serta idea baru dari mereka. Gabungan antara yang lama dengan yang baru perlu ada dalam usaha berkongsi dan memindahkan pengalaman dan pengetahuan.
Tok Awang rasa, pilihan yang dibuat adalah satu pilihan yang bijak dan sangat tepat. Lupakan suk-sek suk-sek yang dicipta oleh pembangkang kerana mereka tidak akan pernah berpuas hati dengan apa saja yang kita lakukan. jangan kita terperangkap dengan mainan mereka.
Teruskanlah memberikan sokongan kepada calon BN dan pastikan kita mampu meraih kemenangan besar kali ini sebagai bukti kepercayaan kita kepada pucuk pimpinan.
Tok Awang Selampit.
mana calon muda yang lebih segar dan moden...bolehkah orang 62 tahun mengikut rantak arus dunia yang bergerak pantas kini.
bukankah lebih baik yang tua menjadi panasihat kpd yg muda dalam menjalankan amanah rakyat...
Apa pun sangat berharap pemimpin yg dipilih mampu mambawa pembangunan kpd kawasan
Tak der orang lain ke?Asyik2 calon kitar semula,mamposla UMNO kalau macam ni
Jika kita lihat, Adun Tioman yg juga Exco Belia adalah orang muda, jadi kombinasi antara yg muda dan yg lama sangat perlu bagi memantapkan parlimen Rompin... transformasi umno bkn bermakna kepimpinannya mesti org muda.. apakah lebih muda bermakna berlakunya transformasi dan peremajaan umno? Apakah maknanya yg 30 thn lebih baik dari 40 thn dan 20 thn lebih baik dari 30 thn? Atau apakah yg 10 thn lebih baik dari 20 thn utk memimpin?