Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 19, 2015

#PRKRompin : DATO' HASSAN ARRIFIN CALON PALING BERWIBAWA

Dato' Hassan, bersama MB Pahang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
dalam sidang akhbar sejurus selepas diumumkan sebagai calon


Dato' Hassan Arrifin telah diumumkan sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin yang akan diadakan pada 5hb Mei 2015 nanti berikut kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam satu kemalangan helikopter tidak lama dulu.

Allahyarham telah menyandang kerusi Parlimen Rompin dalam masa 28 tahun dan prestasi menaiknya sememangnya menyukarkan sesiapa untuk menandinginya. Namun pemilihan pucuk pimpinan dengan memutuskan Dato' Hassan Arrifin sebagai calon adalah satu tindakan yang tepat.

Dengan pengalaman yang beliau miliki dalam politik sudah tentu tidak akan menyukarkannya dalam laluan menduduki kerusi Parlimen Rompin ini nanti.

Umur beliau bukanlah jadi satu persoalan besar kerana dalam usianya beliau masih cergas dan yang lebih penting latarbelakang politiknya selama ini memudahkannya membuat 'come back' dalam politik khususnya diterima rakyat Rompin.

Beliau juga sangat disenangi akrab dan disenangi oleh orang muda dan beliau sering membawa suara orang muda dalam menterjemahkan usaha perjuangan dan membela rakyat.

Rata-rata rakyat yang ditemui menyatakan rasa gembiranya apabila Dato' Hassan Arrifin diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Rompin. Pemilihan beliau sebagai calon PRK Rompin sememangnya menguggat parti lawan kerana pengaruhnya sebagai mantan Adun dan Timbalan Menteri Besar masih kuat dan dirasai oleh rakyat setempat.


BIODATA 

Tarikh Lahir 28/4/1953
Umur 62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1976 Sarjana Muda Ekonomi
Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979 Management Course Asia Institute Of Management Manila


PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK

1976 Menjadi Ahli UMNO
1978 Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan
1984 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan
1986 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin
1990-2004 Ketua Bahagian UMNO Rompin
1996-2004 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1982-1986 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan
Rompin Parlimen Pekan
1990-2004 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan
1986-1995 Exco Kerajaan Negeri Pahang
1995-1999 Timbalan Menteri Besar Pahang

i) Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng Industrial Area
ii) Menarik Pelaburan Di Pahang
iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)
iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG

i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin
ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang
iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan
iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999 Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)
Bertanggungjawab :
i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar
iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang
iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang
v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA
1995-1988 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)
1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA & NGO

1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim
Anak Pertama : Sudah Berumahtangga
Ahli Perniagaan
Anak Kedua : Sudah Berumahtangga
Head Of Communication Tune Talk
Anak Ketiga : Belum Berkahwin
Exsecutive Auditor Delloite
Anak Keempat : IT Exsecutive


~ Editor


0 comments:

share2