Tokyo - Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan sebilah pisau kerana meninggalkan bau yang busuk selepas menggunakan tandas.
Memetik laporan AFP, polis berkata, Emi Mamiya ditahan kerana cubaan membunuh selepas mengelar muka suaminya itu dengan pisau.
Emi dilaporkan berang dengan bau tandas yang ditinggalkan oleh pasangannya itu.
Kemarahannya semakin meluap apabila suaminya membantu anak lelaki mereka berusia 3 tahun untuk menggunakan tandas tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment