Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 6, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : MALAYSIA LEBIH AMAN TANPAMU.....



Keluarga Anwar mohon dibenarkan hadiri Sidang Dewan Rakyat namun pihak berkuasa tidak mengizinkan atas alasan yang wajar bahawa beliau adalah seorang pesalah jenayah dalam kes liwat.

Mengapa Anwar sendiri tidak membuat rayuan dan pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong? Mungkin kerana jika beluam membuat rayuan pengampunan akan memberi makna bahawa beliau bersalah. Anwar masih enggan mengaku dirinya bersalah walaupun di 2 mahkamah tetap menyatakan bahawa beliau bersalah.

Anwar dan konco-konconya masih cuba pertahankan maruahnya konon dia tidak bersalah dan terinaya. Konon mahkamah dan sistem kehakiman tidak adil. Kerana itulah rakyat diajak berdemonstrasi berterusan.

Institusi  kehakiman bahkan institusi beraja dicerca semahu-mahunya hanya kerana tidak berpihak kepadanya. Salahkan institusi kehakiman melakukan sesuatu yang betul dan bersikap adil? Apakah kebenaran dan keadilan hanya semata-mata dianggap benar apabila sama sebagaimana kehendak Anwar? 

Sepanjang pengadilan dulu, Anwar mendapat layanan lebih dari tertuduh biasa dan tidak pernah ada tertuduh yang mendapat layanan istimewa sebagaimana dirinya. Apakah itu masih tidak adil? Jika kita nak perjuangkan keadilan, keadilan yang patut diperjuangkan sebenarnya adalah kepada Saiful - mangsa liwat Anwar yang tertekan sepanjang kes liwat itu dibawa ke mahkamah.

Sebenarnya Tok Awang pun dah jemu menulis dan memikirkan tentang Anwar. Kita sepatutnya menghentikan sebarang percakapan mengenai Anwar supaya dia terus hilang dari ingatan. Namun, membincangkan tentang Anwar sepanjang masa adalah kehendak Anwar agar namanya tetap ada dalam ingat untuk terus menghidupkan harapannya sebagai 'The Future Prime Minester'.

Yang nyata, Malaysia akan lebih aman tanpa ada dan bebasnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini.


Tok Awang Selampit.




0 comments:

share2