Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 26, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : FITNAH FACEBOOK DAN ZIARAH RAKYAT INDERA MAHKOTA



Minggu ini Tok nak mengisahkan tentang kekecohan di laman facebook, yang sememangnya sudah menjadi ketagihan sebahagian besar masyarakat ketika ini. Ada dua kisah yang Tok nak buat ulasan disini.

1) Satu laporan polis telah dibuah terhadap sebuah laman facebook yang menggunakan identiti Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang. Bayangkanlah bila ada seorang manusia yang berniat jahat dengan menyamar sebagai Menteri Besar dan menggelirukan serta menghasut rakyat.

Begitulah kesan dari apa yang kita namakan kebebasan berusara serta dunia tanpa sempadan. Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan dari mana-mana sahaja. Mungkin individu yang menyamar sebagai Menteri Besar itu tidak berada di Pahang, bahkan tidak juga di Malaysia. Namun walau apapun kita sedar bahawa menyamar sebagai orang lain adalah satu kesalahan dan sangat tidak bermoral sama sekali, terutama bila tujuan dan niatnya untuk melakukan kejahatan.

2) Di laman facebook Pok Long Bahazelan Wahab kecoh mengenai seorang bekas pegawai khas kepada Yb Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang turut serta dalam program ziarah rakyat di parlimen Indera Mahkota. Konon kehadirannya tidak disenangi pihak tertentu.

Tok Awang kesal, apakah ini pemikiran orang-orang UMNO yang kononnya perjuangkan agama bangsa dan negara? Salahkah membuka pintu kepada mereka yang ingin kembali kepada UMNO setelah merasa mereka selama ini berada dijalan yang salah?

Bukankah kita akan lebih kuat apabila bilangan kita lebih ramai dan apabila kita semua lebih bersatu? Sebiji kek yang kita ada masih besar dan masih boleh diagih-agihkan sama rata andainya kita tiada perasaan tamak dan haloba.

Tok Awang bermenung dan memikirkan bahawa minda kita masih belum berubah dari dahulu. Jikalau pemikiran begini masih berterusan, usahlah kita berharap untuk mendapat semula parlimen Indera Mahkota dan Kuantan.


Tok Awang Selampit.

0 comments:

share2