Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 26, 2015

KUANTAN : WALKABOUT INDERA MAHKOTA MENDAPAT SAMBUTAN BAIK

Yb. Dato' Shahaniza dalam lawatan Walkabout IM


Program 'Walkabout Indera Mahkota' anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang pada 14hb (Selasa) jam 2.30 petang telah membawa pemimpin serta agensi-agensi kerajaan menemui rakyat yang perlukan perhatian dan bantuan.

Menteri Besar diwakili oleh Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuaasa Pembangunan Wanita dan keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. 

Turut sama Dato' Goonasakaren, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota, Ketua Kampong serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan pertubuhan setempat.

Sebanyak 5 buah keluarga telah dilawati dan diberikan bantuan dalam program berkenaan. Bagaimanapun 2 buah rumah lagi yang sebelumnya tidak disenaraikan telah turut juga dilawati atas cadangan pemimpin tempatan.

Selain dari pemimpin UMNO berbagai peringkat serta agensi kerajaan yang terlibat, beberapa orang bekas ahli PKR juga turut hadir untuk memberi kerjasama telah memberikan kejutan kepada banyak pihak. Antaranya adalah bekas Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Sallah.

Program Walkabout ini adalah kali ketiga. Sebelumnya sudah dua kali dijalankan dan kedua-duanya adalah dalam parlimen Kuantan. Dari maklumbalas yang didapati, banyak pihak yang menyokong usaha ini dan menganggapnya satu tindakan positif kearah membantu dan mendekatkan diri dengan rakyat.

















0 comments:

share2