Oleh: Abadi Romeo
Pembinaan Tangki Air Felda Jengka 2 telah dimulakan pada 4 Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada 27 Dec 2014.
Pembinaan ini adalah dibiayai oleh FELDA dengan nilai kos 1.7 juta manaka Kerajaan Negeri Pahang turut menyumbang RM 150,000.00 bagi kerja2 akhir pembinaan loji tersebut.
Usaha ini adalah kerjasama berterusan wakil rakyat YB Dato Shahaniza Shamsuddin, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul yang ingin menyelesaikan masalah bekalan air bagi penduduk di DUN Kuala Sentul.
Pada peringkat permulaannya usaha menaik taraf Muka Sauk Loji Rawatan Air Felda Ulu Jempol dengan kos sebanyak 4 juta tela dilaksanakan.
Pembinaan Tangki Air Jengka 2 merupakan kesinambungan kepada kerja menaik taraf muka Sauk Loji Felda Ulu Jempol bagi menyelesaikan masalah air dikawasan terbabit yang telah lama berlarutan.
Tangki Air Loji Jengka 2 yang baharu ini berkapasiti 1.14 juta liter air adalah untuk menggantikan tangki air lama yang hanya berkapasiti 0.27 juta liter air dijangka mampu menampung bekalan air masyarakat setempat sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kebocoran paip sementara menanti pembaikan.
Projek ini dilaksanakan oleh Felda Engineering Services merupakan salah satu dari pakej 12 fasa 4 dari 79 pakej berjumlah 680 juta yang dibiayai oleh FELDA bagi menambahbaik mutu perkhimatan air khususnya dikawasan FELDA di Pahang.FELDA juga telah menyalurkan RM 4 juta ringgit dengan menaiktaraf Loji Air Felda Ulu Jempol bagi meningkatkan lagi kualiti air kepada penduduk setempat khusunya di Felda Ulu Jempol Sg Jerik Felda Jengka 2 dan kawasan sekitar.
0 comments:
Post a Comment