Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 21, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : PLATUN-11LIMA'15 - WIRA TAK DIDENDANG?



LIMA adalah acara besar dan bertaraf dunia yang diadakan setiap tahun di Langkawi. Ianya mengenai pameran peralatan canggih udara dan lautan yang disertai oleh syarikat-syarikat besar dan peneraju teknologi dunia.

Ramai jemputan yang datang ke event berkenaan. Tok Awang tengok dilaman-laman fb anak cucu Tok Awang, semuanya muatkan foto-foto sekitar lawatan mereka ke LIMA'15 tu. Baguslah, Walaupun Tok Awang tak dapat pergi tapi Tok Awang tetap bersama melihat dan merasai kegembiraan anak cucu Tok Awang.

Cuma, ada yang merungut kerana terpaksa menaiki bas sedangkan janji awal naik kapal terbang. Tok Awang tak ada apa nak komen tentang tu. Mungkin itulah 'janji' dan takdir untuk kamu kerana setiap kamu duduk didalam kelas kamu masing-masing. 

Mungkin ada yang merasa tidak adil kerana apa yang mereka lakukan dirasakan lebih namun mereka diletakkan didalam kelas 2 sedangkan ada yang tidak melakukan apa-apa diletakkan didalam kelas 1. Nasihat Tok Awang, janganlah bersusah hati dan anggaplah kamu berada didalam kelas kamu tersendiri dan kamu sentiasa adalah yang terbaik.

Walaupun kamu hanya mengisi kekosongan yang orang-orang dari kelas 1 kosongkan kerana tidak mahu turun kelas, namun kamu tunjukkan semangat yang tinggi. Khabarnya kamu semua terpaksa balik naik bot laju kerana tertinggal feri? Ditengah malam pulak tu. Khabarnya basah semua kamu kerana percikan ombak laut. 

Yang penting, kita gembira dengan apa yang kita lakukan dan kita melakukannya dengan jujur dan ikhlas. Dengar khabar kamu namakan kumpulan kamu tu " Platun 11-LIMA'15 ". Apapun Tok Awang tak kisah, cuma jangan kecewa dan pandailah tukarkan yang negatif kepada positif.

Ketua Delegasi Platun 11-LIMA'15 tu Tok Awang memang kenal sangat, anak buah Tok Awang dulu. Pernahlah Tok Awang menjentik telinga dia bila dia buat nakal.

Apapun Tok Awang bersyukur dan ucap Alhamdulillah kerana semua kamu selamat kembali dengan pengalaman yang tak ternilai. Kamulah antara wira yang tak didendang. 2 Foto yang Tok dapati dilaman facebook bercerita tentang pengalaman kamu semua Tok Awang abadikan disini.


Meredah gelombang ditengah malam

Tiba di Jeti kastam K.Perlis basah kuyup


Tok Awang Selampit,



0 comments:

share2