Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2015

KUANTAN : KERAJAAN NEGERI BERI PERTIMBANGAN WUJUDKAN BIRO KHAS

Kerajaan Negeri Pahang bersedia untuk mempertimbangkan penubuhan Biro Khas bagi Menjaga Kebajikan Kaum Cina dan India di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya perkara itu akan diketengahkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri  akan datang untuk dibincangkan dan perlu mendapatkan perkenan Sultan Ahmad Shah, sebelum penubuhannya diumumkan secara rasmi.

"Di Pahang kita tidak mempunyai Exco daripada kaum Cina dan India, jadi agak susah untuk kita dalam isu khusus yang melibatkan kaum-kaum ini, termasuk perihal berkaitan kebajikan," katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Kuantan di Dewan Sukpa di sini, Sabtu.

Walaupun belum mempunyai biro khas, Adnan berkata kebajikan kaum Cina dan India di Pahang tidak pernah diabaikan kerana kerajaan negeri sentiasa berhubung dengan pemimpin daripada kaum berkenaan.

Selain itu, Adnan juga berharap semua rakyat negeri ini untuk memainkan peranan masing-masing memelihara perpaduan dan membangunkan ekonomi negeri dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar tahun ini.

0 comments:

share2