Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 24, 2015

MAYAT DIKEBUMI DENGAN KOSTUM ADIWIRA


Mayat dikebumi dengan kostum adiwira


San Juan - Seorang lelaki yang taksub dengan adiwira Green Lantern dipakaikan kostum adiwira kesayangannya itu semasa meninggal dunia.

Renato Garcia, 55 yang meninggal dunia akibat penyakit asma terkenal di kawasan kejiranannya kerana sering dilihat memakai kostum tersebut.

Menurut adiknya, Milagros Garcia, 51, abangnya itu sangat meminati adiwira Green Latern dan sering bersiar-siar di bandar dengan memakai kostum berkenaan yang dijumpainya di dalam tong sampah.

"Apabila dia meninggal, benda yang paling diingati tentangnya ialah kostum Green lantern yang sering dipakainya. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk mengebumikannya dengan kostum kesayangannya itu,” katanya dipetik Mail Online.

Mayatnya yang telah diawet dan diletakkan di satu sudut di dalam rumah adiknya.

Perkara pelik sebegini bukanlah perkara asing yang berlaku di negara tersebut. Sebelum ini, seorang wanita turut dipakaikan gaun perkahwinan dan diletakkan di atas kerusi kesayangannya.

0 comments:

share2