Shah Alam - Keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, permohonan itu telah dihantar pada hari ini.
“Permohonan dibuat oleh ahli keluarga Anwar sendiri tanpa melibatkan parti (PKR).
“Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Anwar secara automatik akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen mulai hari ini, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bakal hilang kelayakan ahli parlimen esok ]
Sementara itu, lapor sebuah portal, Wan Azizah dan anaknya, Nurul Nuha, telah menghantar permohonan itu ke Istana Negara dan seorang lagi anaknya, Nurul Izzah, telah menghantar satu surat rasmi untuk memaklumkan permohonan pengampunan Diraja itu, ke Parlimen.
0 comments:
Post a Comment