Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 24, 2015

KEDAH KELUAR LARANGAN KOKURIKULAM LUAR KELAS


Cuaca panas


Alor Setar - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengeluarkan arahan larangan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah berkuatkuasa hari ini, memandangkan cuaca panas dan suhu tinggi dialami negara sekarang. 

Pengarahnya, Datin Azuyah Hassan berkata, melalui arahan itu semua pengetua dan guru besar di Kedah diarahkan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Cuaca panas dengan suhu yang tinggi boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan pelajar, jadi semua pihak atasan sekolah perlu memastikan aktiviti kokurikulum tidak dijalankan di kawasan terbuka yang terdedah dengan cahaya matahari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas dan kering diramal berakhir hujung Mac ini.

0 comments:

share2