Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 26, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : YANG TAK SUKA GST HANYALAH GOLONGAN PENIAGA....



Tok Awang bukannya faham sangat tentang GST ni, tapi yang Tok tahu dan yakin pasti adalah ianya adalah baik untuk kita semua. Baik untuk negara. Kerana jika tidak tentu pemimpin kita tidak akan lakukannya.

Khabarnya dulu masa zaman Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan, dia pun nak buat GST ni, tapi tak berkesampaian. Begitulah, bila orang yang lebih cakap dari buat kerja. Lepas tu salahkan orang lain.

Khabarnya GST ni juga sudah dilaksanakan dibanyak negara, lebih dari 160 kalau tak silap Tok. Itu apa yang Tok dengar dari ceramah Dato' Hunsi Hanadzlah. Katanya, bahkan negara yang lebih mundur dari negara kita pun sudah laksanakan GST ini.

GST atau dalam bahasa Melayu nya ialah CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan). Kepada anak-anak dan cucu Tok yang susah nak faham, bolehlah (Klik Sini) untuk bacanya. Kalau dah ada 'Tab', 'I-Pad' dan 'Smart Fon' ditangan, gunakanlah untuk kebaikan.

Apa itu CDB? Boleh (Baca Di Sini). Kisah dan perihal CDB ini bukanlah hal baharu.. (Boleh Baca Di Sini). Kadar cukai yang dicadangkan dikenakan di negara kita adalah antara yang tertendah, iaitu hanya 6% sahaja.

Tok dengan banyak pihak tidak setuju dengan GST ini kerana mereka tidak faham dan disalah fahamkan oleh pihak yang berkepentingan dan berniat jahat. Kalau kita tidak faham kerana kita bodoh, maka kita boleh bertanya tetapi kalau kita tidak faham kerana kita diperbodohkan, tak tahulah Tok nak kata apa.

Semalam Tok dah cerita pasal harga minyak. Tentu ramai dah nampak ketidakwarasan Rafizi yang desak harga minyak turun konon nak turunkan harga barangan, tapi bila harga minyak dah turun harga barang masih sama juga.

Yang sebenarnya, pembangkang cuma tahu membangkang dan dalam masa sama ingin nampakkan berjuang untuk membela rakyat tapi hakikatnya mereka hanya mampu celarukan minda rakyat. Kebodohan mereka dikongsikan untuk perbodohkan lebih ramai rakyat supaya mereka marahkan kerajaan dan menyokong pembangkang.

Demikianlah cerita lama dan taktik lama politik di negara kita. Rakyat diperbodohkan. Bila aksi Anwar bersama chinadoll terakam melakukan hubungan seks dengan mudah rakyat diperbodohkan dengan mengatakan bahawa...'macam saya tetapi bukan saya'. Bila Stopa Spenda tertangkap dalam video seksnya dengan mudah juga rakyat diperbodohkan dengan memberi alasan rakaman video tak boleh dijadikan bukti kerana 'kamera adalah besi'.

Tok tak tahulah kalau masih ada antara anak-anak dan cucu-cucu atok yang masih lagi percaya dengen penipuan begini. Harap-harap generasi baru kini tidaklah semudah itu untuk ditipu dan diperbodohkan.

Yang tak suka GST rasa Tok hanyalah golongan peniaga, itu pun yang selama ini tidak pernah membayar cukai. Sistem percukaian sedia ada membolehkan peniaga mengelak dari membayar cukai dan ada kalangan mereka yang meng'caj' kepada pelanggan untuk kerajaan 10% tetapi cukai berkenaan tidak dibayar kepada kerajaan. Bayangkan berapa banyak cukai yang dapat kerajaan kutip jika semua peniaga membayar cukai. Yang penting ada banyak barangan keperluan asas yang tidak dikenakan cukai GST ini.

Bila kita kata puak 'mata sepet' tidak gembira dengan sistem percukaian GST ini kerana mereka tidak akan bebas lagi melarikan diri dari membayar cukai, tentu mereka akan tuduh Tok sebagai rasis, tapi apa Tok kisah sebab didalam diri Tok sudah tertanam semangat nasionalis yang tebal. Tok orang pejuang. Datok nenek Tok juga orang pejuang.

Disini bumi Tok pijak disini juga langit Tok jungjung. Biar putih tulang jangan putih mata. 



Tok Awang Selampit.




0 comments:

share2