Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 26, 2015

DS NAJIB TIBA DI LONDON UNTUK LAWATAN KERJA



LONDON, 25 Jan - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja dua hari.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Luton pada 3.15 pagi (11.15 pagi Ahad di Malaysia).

Mereka disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Najib tiba di sini dari Riyadh selepas menghadiri majlis pemakaman Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz yang mangkat pada pagi Jumaat.

Perdana Menteri sebelum ini telah memendekkan lawatan beliau ke Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland berikutan kemangkatan Raja Arab Saudi itu.

Najib bakal mengimbau kenangan lampau apabila mengunjungi kolej lamanya, Malvern College di Worcestershire bagi merasmikan Pusat Sains Razak pada Isnin.

Pusat berkenaan mempunyai 18 buah makmal canggih termasuk makmal pameran serta bilik-bilik persediaan tambahan.

Najib melanjutkan pelajaran peringkat menengah dari 1968 hingga 1971 di Malvern College, iaitu sekolah berasrama dan sekolah harian yang diasaskan pada 1865 dan merupakan antara sekolah persendirian terkemuka di United Kingdom.

Pusat Sains Razak dinamakan sempena nama Najib kerana mengikut budaya barat, beliau dikenali sebagai Encik Razak pada masa itu.




0 comments:

share2