Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 29, 2014

TEMERLOH : DIMANA WAKIL RAKYAT KITA ? (BHG 4 )


DS Najib dalam lawatannya ke Temerloh

Temerloh mungkin adalah bandar yang paling teruk dilanda bencana banjir kali ini di negeri Pahang berbanding daerah-daerah lain. Hampir keseluruhan bandar di Temerloh dan Mentakab ditenggelami air, Ini juga bermakna tiada lagi premis dimana bahan makanan dapat dibeli oleh mereka yang mungkin tidak terlibat secara langsung dengan bencana banjir ini. Ini juga bermakna, mereka yang kediamannya tidak dinaiki air juga terkesan kerana kekurangan bahan makanan.

Temerloh adalah daerah yang dimana Parlimen dan 2 Dun-nya dimenangi oleh pembangkang. Tidak usah kita bertanya kemana perginya Ahli Parlimen Temerloh serta Adun-adun lainnya disaat rakyat memerlukan bantuan mereka kerana sudah pasti ada alasan dan jawapannya.

Tanggungan dan beban berat hanya terletak di bahu Adun Lancang merangkap Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berserta teamnya. Merekalah yang bertungkus-lumus selama ini berusaha membantu mangsa banjir dengan memberikan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Bomba dan Penyelamat, ATM serta lainnya.

Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota sukarelawan dan semua pihak yang berusaha keras membantu mangsa dengan berbagai cara yang kadang kala tidak kelihatan dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Tanpa mengira penat lelah serta siang dan malam. Syabas!

















0 comments:

share2