Walaupun hujan sudah tidak selebat sebelumnya, bahkan kadang kala reda serta langit kelihatan cerah kebiruan dengan awan yang putih bersih, namun paras air yang menenggelamkan bandar Temerloh masih belum surut. Itu disebabkan oleh air yang datang mencurah dari Sungai Tembeling dan Sungai Jelai.
Menurut sumber, air di Kuala Tahan, Kuala Lipis dan Jerantut sudah mulai surut walaupun di Kuala Tahan sendiri hujan masih turun renyai sekali-sekala.
Jika di gelombang ke-3 ini, hujan tidak selebat sebelumnya dikawasan pedalaman ada harapan bahawa bandar Temerloh akan timbul semula dalam waktu terdekat, namun jika masih hujan kemungkinannya untuk kembali seperti sedia kala adalah memakan masa yang lebih lama.
Keadaan sekarang dimaklumkan bahawa paras air di Temerloh semakin menyurut namun dalam kadar perlahan disebabkan aras air di Pekan sudah meninggi. Yang kita bimbangkan dalam masa beberapa hari lagi adalah bandar Pekan pula akan jadi daerah utama bencana.
Berikut adalah beberapa gambar dari rakan facebook 'PahangKu' yang dimuat-naik semalam dan beberapa jam lalu:
0 comments:
Post a Comment